Saturday, 23 July 2011

i love pasum sampai mati.

dari dulu aku memang tak gemar berkawan dengan juniors. bukan apa, bila dorang panggil aku kakak, aku geli. haha! tapi bila dorang tak panggil aku kakak, aku rasa marah. jadi, baiklah sekiranya aku menjauhkan diri. haha!

ini isu PASUM. jadi tertumpu kepada juniors di PASUM sajelah. walaupun bukan juniors PASUM tapi baru nak masuk ke apa ke, boleh je baca, amek apa yang elok, takyah pedulikan yang tak elok okay.

PASUM tu apa? pusat asasi sains universiti malaya. aku study situ time asasi, before aku teruskan degree kat UM.

mula mula masuk, rasa tak puas hati sangat. aku tak tau kena amek 1 subjek lebih daripada matrik. fizik pulak tu. anyone who knows me knows that I really hate physics. sangat. lepas tu bila compare dengan syllabus matrik, kitorang punya lagi banyak. serius rasa menyesal masuk pasum. waktu tu dalam hati penuh dengan kebencian, sampai result 1st sem aku dapat 3.44. nak nangis pun tak guna. aku tau result aku teruk sebab salah aku, tak habis habis tak puas hati sebab kena belajar lagi susah dari matrik. padan muka dapat result teruk. tapi aku tak rasa result aku teruk sebab susah, sebab member baik aku dua dua dapat okay. aku je teruk. 

sebab aku tau pasum tak macam matrik, pasum buat sistem grading ikut markah, bukan purata pointer. jadi aku dengan berfikiran positif yang terlampau, aku anggarkan markah aku ikut grade yang aku dapat setiap subjek, dan aku kira berapa yang aku perlu sem 2 untuk dapat A semua subjek. even penasihat akademik aku suruh aku tukar cita cita, tak payah jadi doktor dah, aku tak kira. sebab aku tau masih ada peluang aku dapat 4.0.

mid sem 2, aku dapat semua A. kecuali ada dua A- rasanya. tak ingat. bila pergi jumpa PA, dia cakap usaha banyak banyak, still ada peluang dapat 4.0. dia ingat aku 4.0 time sem 1. boleh pulak dia lupa, padahal dia yang suruh aku lupakan cita cita nak jadi doktor. cisss. haha!

dan akhirnya sem 2, aku dapat 4.0. terbuntang mata aku tengok result aku kat internet. memang terus kaku. tak sangka gila. memang exam aku yakin aku boleh buat, tapi still takut jugak lah, sebab math aku kena dapat dalam 90 macam tu untuk dapat A. alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. even physics B. salah aku jugak. soalan pilihan tu kena jawab 4 rasanya, tapi aku jawab 3 je. tak perasan. hahaha!

lepas tu apply upu, medic UM, medic UKM, medic UPM, medic UiTM, sains aktuari UM, farmasi UM, farmasi UKM, farmasi UiTM. kenapa ada sains aktuari tersesat kat situ? biarlah rahsia. haha! dan alhamdulillah dapat medic UM.

kenapa aku cerita pasal PASUM ni? dan apa kena mengena dengan juniors? ha sat biaq ceq habaq.

tadi ada page "lepasan PASUM teraniaya". apa motif admin buat page tu, biarlah dia je yang tau. jadi nak dijadikan cerita, dekat page tu penuh dengan post dari juniors yang macam merendahkan orang lepasan matrik. katanya tak adil la pasum kena bersaing dengan budak matrik. padahal matrik 4.0 sama dengan pasum 3.0 je. dan banyak lagi statement yang berbaur hinaan terhadap budak bukan pasum. 

even aku pasum, hati aku panas woi baca. member aku ramai matrik. dan aku tau standard dorang macam mana, lebih hebat dari aku. nak dapat 4.0 kat matrik lagi susah dari pasum. and that's a fact.

penat lah aku, kawan kawan aku dan seniors explain dekat dorang. betapa matrik dan pasum itu sama sama hebat, betapa dorang tu perlu bersyukur dan redha. tapi dorang tak mau dengar. siap cakap kitorang tak rasa apa dorang rasa lah apa lah. pastu suruh blah dari page tu lah. ada tu lagi hebat. nak tau ayat dia?

"seniors are alwaysssssssss annoying. bajet hebat"

time baca tu aku rasa dia sangat kurang ajar. aku tau lah umur kau dengan aku beza setahun je. jadi tak payah lah aku nak korang hormat sangat aku kan. tapi seriously, perangai dan mentality korang macam budak budak. budak budak pun lebih bertamadun tau tak. kalau tak respect aku, respect senior yang lain, yang lagi tua dari aku tu. aku hormat je even dorang just setahun lagi tua dari aku, yang budak lompat umur sama tahun dengan aku pun aku hormat. dorang senior. dorang lebih tau banyak dari kita.

aku faham korang sedih tak dapat kos yang korang nak kat uni yang korang nak. fine. tapi bukan budak pasum je tau, budak matrik pun sama nasib macam korang tahun ni. semua sama je. tak dapat yang dorang nak. mungkin jumlah yang cemerlang terlalu ramai. bersyukur lah.


dengan ini, timbul semula kesakit hatian dekat budak 1992. hadoi. harap harap coursemate aku bulan 9 nanti semua okay lah. tolonglah jangan jadi macam majoriti budak tahun korang yang aku dah jumpa. tolong jadi baik. tolong.


fyi, aku bukan tak pernah rasa apa korang rasa. study macam nak mati tapi still gagal dapat apa yang korang nak. trust me, i know. redha jelah. carik balik kekurangan diri. jangan carik salah orang. sebab kita takkan dapat ubah orang even macam mana besar pun salah dia. tapi kita dapat betulkan kekurangan diri kita :)

52 comments:

  1. terima kasih sbb iktiraf 4 flat aku ye..sob..sob..

    ReplyDelete
  2. hahaha. takde hal lah. ada apa2 lagi kau nak aku iktiraf? ;)

    ReplyDelete
  3. saya batch 1992.

    and I dont even support the page.

    Thanks for your comment in my blog. FYI itu hanya artikel I share and i just need opinion. Hope tak salah faham.

    Thanks senior
    Peace

    ReplyDelete
  4. agak la..sngt ak x support that freakin page. t'aniaya konon..rmai je dax UM yg amk dgree skg mostly from pasum..dlm course ak,malay hampir sparuh dari pasum kot... nth2 dorg t'aniaya sbb kne campak jauh2 dari UM.tu pasal korg xdpt result elok.. lau dpt pointer 3 above IA dapat stay UM nye..xkire la course ape..

    konon geli xley pnggil kakak.bln9 ni kau dpt junior jgk. kne cari buddy jgk..

    ReplyDelete
  5. syafiq s. , i know. article tu dari malaysia today kan? nak komen dekat sana tak boleh sebab kena log in. saje lepas geram dekat blog you, and hopefully some of your friends yang terlibat dalam penulisan article tu baca lah my comment. hihi

    shimah, tak tau lah. katanya tahun ni memang ramai above 3 pun tak dapat apa2. wallahualam. apa2 pun tak patut la tulis macam tu pasal budak bukan pasum. jangan sebab kita pasum, kita rasa kita hebat, kan?

    buddy aku senior aku carik kan. arghh. still berfikir fikir, nak suruh dia panggil aku kakak ke tak? arghhhhh. hahaha

    ReplyDelete
  6. aku adalah orang yang panggil orang lain tenuk, so aku bukan tenuk, kau tenuk. haha

    ReplyDelete
  7. cam biase..aku stuju!! hahahha...'member baik aku dua dua result okay' sape MEMBER BAIK tu...comel tak? haha

    ReplyDelete
  8. aha..korang 3 org: jel+rai+marina=mmg hebat..hehe.
    even, ske usha & stalk org.tp rsult gempak..haha

    ReplyDelete
  9. hahaha aku pun tak tau la siapa member baik aku tu. mr handsome kut? hahahahaha!

    shimah, raihan memang juara stalker. hahaha

    ReplyDelete
  10. shiemah : tak leh blah..haha..mane ko tau kitorg suke usha n stalk org? hahaha

    mena : omo2..smpi hati ko lupekan kitorg yg comel ni *aku rase aku dh bejangkit ko la..aku asik ckp diri sndri comel T_T* btw..ko la juara..aku no. 2..kekekek.

    ReplyDelete
  11. ooohh...upenye rai la ratu stalker ye..haha

    alahai..port kt blakang tu bkn ke tmpt t'baik utk stalk org..ak duk kt dpn pn still ley stalk org la..usha2 spe duk tdur.haha

    ReplyDelete
  12. hehe. takpa takpa. lepas lah geram. rela huhu

    eh sorry la kak kalau terasa ke dengan post tu. i didnt mean it nak sakitkan hati semua sebab I baca pun sakit hati lol. Just want to share.

    Peace.

    ReplyDelete
  13. 4.00 PASUM IS ALWAYS SAME AS 3.33 MATRICS. AND ITS A 'FACT' .OK?? I AM MEDIC USM.. I KNOW BETTER THAN U... ITS REALLY SUCH DAMN HARD TO SCORE 4 FLAT AT PASUM..MATRICS SYLYBUS SUCH DAMN MUCH EASY
    COMPARED TO PASUM...MAYBE I SHOULD THOUGHT EASIEST......MATRIC JUST SUCH LIKE SPM...DONT ACT U AS SENIOR U KNOW BETTER THAN OTHERS.. I VERY FRUSTRATED Y U SAY THAT MATRIC IS QUIETLY DIFICULT COMPARED PASUM...U ALL MATRIC STUDENT ,, DONT BE BELAGAK LA..

    ReplyDelete
  14. hahahahaha! gelak dulu baru komen.

    1. kalau betul lah kau medic usm kan, so apa bukti yang kau lebih tau dari aku? medic usm ke medic um ke, as long as you're from pasum, kita tau benda sama je kan? lain lah kalau kau pasum, aku matrik.

    2. baca tak cerita aku kat atas tu? so what if it was such damn hard whatsoever for you to score, did i say it was such damn easy for me? tak punnnn.

    3. what makes you think matric is much more easier than pasum? pernah masuk matrik ke? you won't know until you've experienced it.

    4. aku tak pernah kata pun syllabus matrik lagi susah ke apa, aku kata nak dapat 4.0 yang susah, sebab dorang guna average.


    LOL. tolong lah. it's just my opinion. i didn't say all of us asasians have the same opinion on this matter. if you don't agree with me, just voice it out nicely. haiyooo. your caps lock button is broken is it? so far, tak pernah dengar lagi budak matrik cakap pasum senang. yang pernah dengar budak pasum cakap matrik senang. so siapa yang berlagak sekarang?

    ReplyDelete
  15. salam,

    saya dpt offer pasum.saya sesi 12/13.rasanya, takpe kan if saya tanya pape kat sini.emm..saya dgr byk isu and -ve speculations pasal pasum.saya tak faham and jadi takut nak accept offer ni.boleh tolong jelaskan serba sedikit pasal pasum.saya takut saya buat pilihan yang salah.please, tolong saya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam. no problem. tapi first of all, apa benda negative yang awak dengar tu? ce cite sikit. hihi. and awak dapat offer hayat, fizikal, atau alam bina?

      pasum ni ada 2 sem, lebih kurang matrik jugak. cuma matrik ambil 3 subjek, pasum ambil 4. tapi even 4 subjek, pointer hanya akan kira 3 subjek terbaik, dan maths subjek wajib.

      so contohnya macam saya dulu, bio A, kimia A, math A, fizik B, saya masih dapat 4.0.
      kalau bio A, kimia A, fizik A, math B, pointer akan kira 2 A, dan 1 B, sebab math B.

      pasum ni sikit je students dia, tak macam matrik, dan pasum lebih bebas la. kalau matrik, macam sekolah, tapi pasum lebih kepada hidup dekat uni. so kalau pilih pasum, kena pandai jaga diri :)

      hmm sebenarnya tak tau nak cerita pasal apa. so awak bagitau la apa yang awak nak tau, nt saya cerita :)

      Delete
    2. err..pembetulan.. saya bekas pasum.. setahu saya matrik skrg dah 4 subjek n bkan 3 subjek seperti dlu. xsilap sesi 2011/2012 matrik dah ambil 4 subjek..

      Delete
    3. really? 4 subjek? subjek apa yang tambah? dorang blaja fizik jugak ke?

      Delete
  16. pe bongak bona si anon kat atas..budget kau bdk medic usm,teror bonar la tu.kuikui..*opps.gurau je..ak rse anon tu cm ckp kau,marina stdy kt matrik..ke ak slh..tet..

    xpe marina..ak support kau.
    to siapa yg nk msuk pasum..jgn segan2 nk msuk.best & advnture babe...tp yg jnis cpt culture shock,siap sedia ng perisai yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah, tapi rasanya culture shock tu takkan jadi masalah kut, kalau sentiasa pegang tujuan asal masuk pasum, untuk study, bukan untuk berjimba. haha!

      Delete
  17. salam..

    saya atr plajar yg dpt offer pasum utk sesi 2012/2013. Da byk blog psl pasum sy bce..n kdg2 konfius..ad baik,ad buruk..tp ta pe la..sy cube jgk msuk pasum ni..n nk tye akak mmg wjib dpt 4 flat ea bwu boley amek medic?klu krg dri tu cne plak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh tak lah. dia ikut jugak, kalau tahun tu ramai yang 4.0, kalau kurang pointer tu susah lah nak dapat. tapi kalau batch kitorang, budak pasum ramai je yang below 4.0 dapat medic, cuma tak dapat kat UM la, dapat kat u lain. tapi kalau dentistry, boleh je dapat kat UM.

      and rasanya start batch 2011/2012, UM buat interview untuk budak pasum, and 40% kut terus diserap masuk UM. so ada kelebihan di situ :)

      welcome tu UM! :)

      Delete
    2. thanks akak :)

      n klu sal MUET plak cne ek?

      Delete
    3. awal2 masuk pasum, dia akan buat english test. based on test tu, dia akan bahagikan kelas tutorial. sem 1 akan belajar english untuk muet. muet senang je. nt teacher akan ajar :)

      untuk masuk medic UM rasanya muet kena band 3, tapi usm kena band 4. tapi tak tau la sekarang UM still nak band 3 atau dah naik band 4.

      sama-sama adik :)

      Delete
  18. Assalamualaikum. Akak, medic UM belajar by block(tradisional) ke by system eh ? Tq.

    ReplyDelete
  19. Salam.... nak tanya boleh tak?? sy lepasan spm 2012, nak mintak pasum, tapi selain tu ada lah jugak mintak asasi uiam, and asasi sains uitm kalau x dapat pasum.. susah ke ek nak masuk pasum ni. keputusan spm akak camne? saya dapat 7a 3b 1c . physics B+, chemistry B+, Biology A-, Addmath A-, Math A+ ... ada harapan x nak masuk pasum? coz ada kawan kakak saya dapat 10a pun, still x dapat pasum..

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam. saya dah lama sangat tinggalkan pasum so tak tau macam mana ciri-ciri pengambilan sekarang. tapi dulu ade je kawan yang dapat 6a dapat pasum. actually asasi um / uitm, dengan matrik sama je. sebab akhirnya still kena isi upu untuk masuk degree. yang penting time asasi / matrik tu kena buat betul-betul la untuk senang dapat course yang awak nak. ok? :)

      Delete
  20. Salam, saya nak tanya apa prosedur nak tukar program asasi antara IPTA? Saya dapat asasi di UIA tapi saya nak tukar masuk ke PASUM

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak tau. maaf. mungkin boleh tanya pada pihak upu.

      Delete
  21. BUDAK HOT YANG BAJET MEDIC USM TU. lu dengo sini, wa budak matrik ingat senang-senang ke nak dapat 4flat? 4 pasum sme dgn 3.33 matrik? lancau sungguh. lu tak belajar matrik takyah nak kencang sangat ea. membe wa pun ada je budak pasum, the only diff between matrik and pasum ialah matik dibuat luar u dan ada cwgn sendiri while pasum is under um. mulut tu jaga sikit. jangan kuang ajo sangat.

    ReplyDelete
  22. terima kasih, akak. nak jumpa boleh tak ? nak mintak pandangan, pointer saya 2.0, ada harapan tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak pasum ke ni? Buat yang terbaik. Allah will give you what's best :)

      Delete
  23. Assalamulaikum kak, result sem1 baru je umum and i got 3.34 alhamdulillah. Kan nnt dia campur result sem 1and 2, so ada harapan ke 4flat sbb ada yang kata even dpt 3.99 sem 1 pun takkan boleh dpt 4.00 utk total both sem. Not really clear about mcm mana nak calculate total gred for both sem tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummusslam. sorry saya dah lama tinggalkan pasum, so saya tak berapa pasti tentang grading sekarang. tapi kalau waktu saya dulu, insyaAllah awak masih ada harapan. tapi bergantung pada grade yang awak dapat. kalau banyak yang B, boleh je awak struggle untuk dapat markah tinggi sem 2 so that total score boleh dapat A. usaha ye. dan serahkan pada Allah.

      Delete
  24. Assalamualaikum akak
    sya dpt result sem 1 3.45 for upu.bio A- chem A- and math B.phy jgn ckp la kn.hehe..saya nk ambil medic.x kisah kt u mna um usm ukm or upm.but skrg isi upu dh sistem lain.kna dpt at least 3.5 above utk lps requirement utk dpt iv.skrg sya tkut sya xdpt pn iv and sya dh x tahu sma ada sya kna isi brdsarkn sya pnya minat or depends on my first sem result.and right now im struggling for final sem 2.hope dpt mcm akak.aminn inshaaAllah.:))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sya bdk pasum

      Delete
    2. InsyaAllah. Saya tak tau tentang sistem sekarang. Mungkin boleh tanya pada senior yang atas awak setahun. All the best to you :)

      Delete
    3. By the way, after result sem 2, tak boleh tukar upu ke? Kalau sekarang requirement dah lain, better awak tanya betul betul dekat orang yang tau. Kalau lepas sem 2, still boleh tukar, then for now, isi jelah ikut yang awak minat and yang awak rasa awak mampu buat. Goodluck! :)

      Delete
    4. Boleh tukar kos utk upu.tp x blh utk course yg ada iv rsanya.ok sya isi ikut yg sya minat.thanks kak for the advice :)

      Delete
  25. sya nk tnya lbh lnjut.boleh sya nk email kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tanya ape ye. Kalau nak tanya pasal sistem sekarang, serius saya tak tau pape dah. Saya pun dah 5 tahun tinggalkan pasum. Huhu

      Delete
  26. Haii,saya baru je habis pasum.batch 14/15 😊😊 pasum bestt💪💪💪hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah! best kannn. Be prepared for the challenging degree life you would face soon.

      Delete
    2. Tahniah! best kannn. Be prepared for the challenging degree life you would face soon.

      Delete
  27. Haii,saya baru je habis pasum.batch 14/15 😊😊 pasum bestt💪💪💪hehe

    ReplyDelete
  28. Thanks kak for the very usefull infos and advices! ^^

    ReplyDelete
  29. Salam... Sy nak tanye.sy pelajar asasi sains uitm. Result sem 1 baru kuar..sy dpt pointer 3.61. berdsarkan cerita akak.. mksdnye tak sy still ade peluang la untuk dpt 4 flat final exam? Sbb sy nK sambung medic ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Sorry dik. Akak memang tak tau apa2 pasal asasi uitm. Sorry ye tak membantu awak

      Delete
  30. salam kak, saya pasum 16/17 n baru je dpt result sem 1 saye 3.38..ade kemungkinan tk saye dpt 4.0 utk final exam sbb saya nk sambung medic huhu

    ReplyDelete